Saturday, May 2, 2009

Pemimpin no1 dan no2 wajib ulama...

Ketua dewan ulama PAS menyatakan bahawa presiden dan timbalan presiden perlulah ulama...

Kenyataan ketua dewan ulama ini mendapat tentangan yang hebat dari beberapa orang pemimpin PAS yang jelas mereka bukan lah ulama...kenapa ya??mungkin mereka ada niat nak jadi presiden kot tapi tak cukup syarat sebagai ulama..sebab itu kot mereka menentang pendapat ketua dewan ulama tersebut..

Pertama ingin saya nyatakan bahawa kenyataan tersebut keluar dari (KETUA DEWAN ULAMA PAS PUSAT)...tetapi golongan ini tetap membantah..belum jadi presiden pun dah bantah dan ketepikan ulama...apakah orang seperti ini kita nak angkat jadi pemimpin??saudara semua yakin kah dengan orang seperti ini untuk memartabatkan islam??bagi saya jauh sekali..golongan seperti ini hanyalah golongan jahil yang gilakan kuasa..bahkan lebih dari itu mereka sanggup menggadai agama dan menghina ulama2 demi memuaskan nafsu kebinatangan mereka...

Dan ingin saya nyatakan bahawa apa yang di tulis oleh ustaz nik abduh adalah bertepatan dengan kehendak ketua dewan ulama ustaz mat iraq...jadi apa perlu di bahaskan lagi??terima ajelah keputusan ketua dewan ulama dengan hati yang terbuka...jangan lah jadi bodoh sombong..dah la bodoh lawan ulama pula tu..ini lah golongan "mee celup" yang di nyatakan oleh ustaz nik abduh..memang patut pun ustaz nik abduh cakap macam tu...memang sesuai sangat dengan puak2 malaun ni...

saya tambah sakit hati apabila beratus2 peluru di tembak ke arah ustaz nik abduh..seolah2 ustaz nik abduh ni dah jadi pencacai najib tun razak...baca lah blog2 pemimpin PAS yang "mee celup"...beberapa di antara "mee celup" berani menghentam ustaz nik abduh terang2an..siapakah mereka nak hina ustaz nik abduh??sejauh mana ilmu agama mereka??berapa banyak kitab hadis mereka khatam??pernah baca tak sahih bukhari??kenal tak kitab fathul bari??kenal tak syarah muslim imam nawawi??kenal tak kitab2 tafsir seperti qurtubi dan ibnu kathir??berapa banyak kitab nahu mereka telah telaah??pernah belajar tak ibnu aqil dan syeikh khalid serta jurmiah??kalau ilmu tak setara mana,jangan nak hina ustaz nik abduh yang mempunyai ilmu agama yang tinggi..merantau ke benua india menuntut ilmu warisan nabi s.a.w...meniggalkan ibu bapa demi menuntut ilmu warisan nabi s.a.w...sanggup bertahun2 tinggal di bumi orang demi menuntut keredaan Allah...sanggup pula menambah kerinduan dengan terus berhijrah ke tanah arab demi menambahkan ilmu di dada...siapakah kamu hendak menghina beliau??sehebat mana ilmu kamu??renungkanlah diri kamu..memang benar pun kamu "mee celup"..muhasabah diri..kamu memang tak layak jadi pemimpin PAS...

PAS ialah sebuah parti islam...dan lazimnya Islam dan Ulama tak boleh di pisah kan..jika tiada ulama,maka runtuhlah islam..islam di perkuatkan dengan ulama..ulama lah yang mewarisi kerja dakwah para nabi...tapi puak2 munafiq sanggup mengjatuhkan ulama demi nafsu mereka..inilah golongan yang menyembah nafsu...

Saya menyeru kepada rakan2 sekalian,marilah sama2 kita pertahankan ketuanan ulama..bahkan Allah taala jua memuliakan ulama..nabi juga memuliakan ulama..ulama perlu di angkat..martabat mereka perlu di tinggikan...

"jika sesuatu umat itu memuliakan ulama,maka bersaksilah bahawa ajaran islam tersebar luas dan di laksanakan dengan teguh di kalangan mereka...dan jika sesuatu umat itu menolak dan menghina ulama,maka bersaksilah bahawa kaum itu akan menjadi hina lebih daripada anjing dan khinzir"

oleh itu,marilah sama2 kita perkukuhkan perjuangan kita...sama2 kita menyepak keluar puak2 malaun ini...mereka sanggup buat apa sahaja demi memenuhi kehendak nafsu...

"Orang cerdik yang mengenal dunia,maka terungkap baginya musuh yang memakai berbaju kawan."

No comments:

Post a Comment