Monday, May 25, 2009

Ulama sudah tidak di segani lagi walaupun dalam PAS...

jangan terpengaruh dengan blogger yang tidak setuju dengan ulama sebagai pemimpin..

isk isk isk...aku tengok sehari dua ni keadaan politik dalam PAS semakin celaru...pendapat para ulama sudah tidak di hiraukan lagi bahkan di kutuk dan di cerca balik...betapa manusia akhir zaman begitu kurang ajar dengan pewaris para nabi...itu lah hakikat yang perlu di terima oleh mereka yang menganggap diri mereka "pejuang2 islam"...

Jika benar kita adalah pejuang2 islam,maka kita mahu tidak mahu amat terikat dengan para ulama...kerana baginda s.a.w bersabda bahawa para ulama itu adalah pewaris anbiya..dan fahamlah kita bahawa waris adalah mereka yang menerima pusaka dan para ulama menerima pusaka ilmu dari nabi2...dan itu lah kekuatan islam..yakni pada ilmu...maka jika para ulama pun sudah tidak di hormati lagi,maka islam apa yang kita nak perjuangkan??islam liberal atau pun hadhari??

Kita sedar bahawa ulama juga tidak maksum,tapi ingatlah bahawa kesilapan yang mereka lakukan tidak menghalalkan untuk mereka di hina dan di caci...bodohnya setengah manusia yang mengaku "pejuang islam" ini...memalukan sungguh...

Mungkin setengah ulama kita dalam PAS di hina sebab isu muzakarah,unity goverment dan beberapa isu lagi yang berkaitan dengan umno...yang aku herannya,si pengomen tu langsung tak tau apa...lagi bebal...jahil murakkab...kalau tanya istilah nahu seperti marfu',majrur,dan jazam confirm puak2 yang duk hina ulama ni tak tau...tapi akibat diri di kuasai iblis laknatullah,maka mereka tidak segan menghina para ulama di dalam blog2 mereka..

Saturday, May 16, 2009

Jawapan untuk penghina ulama..

antara yang kuat menyalak duk hina ulama ialah aduka taruna..cuba baca dalam blog si mangkuk ni :http://adukataruna.blogspot.com/2009/05/bangsat-punya-ulama.html

sebagai insan yang jahil hukum hakam islam,maka amat patut lah kita menghormati para ulama melebihi segala2nya..kerana jika bukan kerana ulama,manusia telah menjadi haiwan...manusia tidak mengenal erti kehidupan di dunia ini..

ulama bukan lah mereka yang maksum..mereka tidak sunyi dari kesilapan..tapi bukanlah kesilapan mereka mewajibkan mereka di hina dan di maki hamun...hanya manusia bodoh yang tidak mengenang budi allah taala yang mengurniakan nik'mat ulama kepada kita yang sanggup menghina para ulama radiallahuanhum...

tapi aduka taruna ni dah terlalu lebih2..dah over sangat bangangnya...kadang2 meluat pun ada..kalau ketua dewan ulama pas cakap ada "hulur2" pun,maka kalau hakikatnya benda tu takde,maka jadikan lah ianya peringatan..moga2 yang ada hati nak buat tak jadi nak buat...

dan jika betul2 ada,maka adalah elok la ustaz mat iraq merahsiakannya terlebih dahulu..dan beliau boleh bawa perkara ini kepada majlis tertinggi untuk mengambil tindakan...jadi tak perlu la kita nak maki hamun..

Thursday, May 14, 2009

ustaz nasaruddin vs zaki ibrahim??

erm..aku bukan berniat untuk memecah belah..tapi aku ikhlas utk menyuarakan pendapat dan apa yang aku pikir terbaik untuk pas...

terus terang aku cakap zaki ibrahim bukanlah orang yang layak untuk memimpin ketua pemuda..beliau amat kurang sifat2 kepimpinan...beliau juga tidak mempunya ilmu agama yang tinggi seperti mana ustaz nasaruddin..

secara ikhlas aku cakap bahawa aku tak dapat wpun seposen duit kalau ustaz nasaruddin menang..tapi ingin aku nyatakan bahawa beliaulah calon pilihan aku..beliau memang amat berkaliber..PAS mungkin akan bertambah maju jauh kehadapan di bawah kepimpinannya..pemuda akan menjadi nadi yang begitu utuh..

itu lah harapan ku..jika ada di antara saudara adalah perwakilan,jangan lupa ustaz nasaruddin..tahan lah untuk senafas...jangan pandang zaki ibrahim buat sementara waktu..lepas undi nasaruddin,baru lega..hehe

ada beberapa perkara yang aku tak puas hati dengan zaki ibrahim ni tapi aku tak nk cakap sini la..nanti tak elok la..cuma aku blh katakan,jauh sangat bezanya..ibarat permata dan kaca..