Wednesday, April 29, 2009

Artis jahil dan fasiq adalah penjahanam islam...

SAYA percaya rakyat Malaysia masih terkejut dengan aksi berani Bintang Paling Popular 2008, Nabil, apabila beliau memeluk kekasihnya, Irma Hasmi di khalayak ramai.

Siarannya ditonton jutaan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan umur daripada anak kecil sehinggalah orang dewasa melalui siaran langsung di kaca TV pada Anugerah Bintang Popular 2008.

Alasan yang diberikan oleh Nabil ialah beliau terlampau terkejut dengan kemenangan yang diraih dan itu merupakan aksi spontan. Menurutnya, itu adalah kali pertama beliau berperangai sedemikian.

Saya tidak berminat untuk tahu adakah itu kali pertama beliau memeluk kekasihnya atau tidak. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia yang masih menghormati adat dan tatasusila serta berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan budaya masyarakat Timur sukar menerima perbuatan Nabil yang keterlaluan.

Bukan sahaja perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak, bahkan merupakan perbuatan yang menggambarkan betapa masyarakat Malaysia hari ini, terutamanya dalam kelompok mereka yang bergelar artis, begitu mengambil mudah dan memandang ringan apa yang dipandang serius oleh masyarakat umum.

Selepas itu, satu lagi aksi 'berani mati' ditunjukkan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 7, Aril, yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh dengan memeluk tenaga pengajar wanita Akademi Fantasia iaitu Siti Hajar, Fatimah Abu Bakar dan Shafi.

Rancangan itu juga ditonton oleh penonton yang terdiri daripada latar belakang masyarakat yang pelbagai, khususnya kanak-kanak. Alasan yang diberikan, Aril menganggap cikgu-cikgunya di akademi itu sebagai ibunya sendiri dan pelukan itu merupakan tanda hormat.

Saya berasa sedih dengan alasan yang diberikan kerana tidak bolehkah Aril hanya mencium tangan bagi menunjukkan rasa hormat terhadap orang yang dianggap berjasa kepadanya? Kenapa perlu memeluk dengan erat dan bersungguh-sungguh?

Saya kesal anak kecil yang menonton rancangan tersebut telah mula ditanam dengan aksi berani dan perkara tersebut tidak mustahil mendorong mereka untuk berkelakuan demikian.

Satu persoalan yang bermain di fikiran saya ialah, tidakkah Kementerian Penerangan peka dengan apa yang berlaku? Tidakkah Kementerian Penerangan mempunyai garis panduan berhubung had dan batasan penyiaran rancangan hiburan di Malaysia?

Tidakkah ada tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang melampaui batas kesopanan tatasusila masyarakat Malaysia? Bukankah tindakan juga boleh diambil ke atas stesen TV berkenaan?

Saya menyeru agar Kementerian Penerangan duduk semeja dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam bagi menyediakan satu garis panduan khusus tentang perkara ini jika belum ada. Jika sudah ada, pihak Kementerian perlu menguatkuasakannya.

Jangan sampai timbul kes ketiga, keempat atau kelima yang menyaksikan sesiapa sahaja yang namanya lelaki memeluk wanita yang bukan muhrim di khalayak ramai.

Perkara ini bukan sahaja mencemarkan budaya dan adat Melayu, malah boleh merosakkan pemikiran anak kecil yang menonton rancangan seumpama itu.

Calon PAS di Penanti??

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

adakah benar apa yang di main kan oleh media umno ini??

jika ianya fitnah maka alhamdulillah...tapi jika ianya benar??maka cuba teliti ulasan ini...

Pertama,PAS perlu lebih berhati2 dalam mebuat kenyataan media...Kenapa tetap ingin meletakkan calon sedangkan DSAI telah mengumumkan calon PKR??Calon yang sesuai??bukan masalah sesuai atau tidak...tapi kita dalam satu pakatan...semasa pru12 yang lalu,kita telah sepakat tentang pembahagian kerusi...dan taqdir Allah bahawa kerusi dun penanti ni dapat kepada PKR...jadi tiba2 kenapa kita bising2 nak letak calon pula?lebih baik jangan cari pasal...

jika PAS tetap berdegil untuk letakkan calon pada prk dun penanti dan menyaksikan pertandingan 3 penjuru,saya yakin PAS dan PKR kedua2nya akan terkubur kerana perpecahan undi berlaku...BN juga yang akan dapat...

sanggupkan kita lihat kekalahan pakatan rakyat hanya kerana segelintir ahli PAS yang mahukan calon dari parti mereka bertanding??fikirkanlah...keputusan dan kesepakatan pada pru12 yang lalu telah di buat...jangan lah kita menjadi golongan yang tak ketahuan...melanggar segala janji2 dan keputusan yang telah di buat oleh pimpinan2 kita...

Sebagai ahli PAS,kita juga perlu menghormati DSAI sebagai ketua pembangkang...Pimpinan kita sepakat mengangkat beliau...jadi tak perlualh kita tunjuk kurang hajar sangat...bincang elok2...perpecahan membawa kepada kemusnahan dan kejatuhan...BN akan bersorak dengan persengketaan dalaman ini...tidak mustahil BN yang nampak takut untuk meltakkan calon sebelum ini kembali semangat untuk bertanding...

Renungkanlah...

"Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak
kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat
membuat hidup kita menjadi lebih bahagia."

wallahualam...takbir!!

Mursyidul Am satu penerangan.

salam...saya ingin merungkai sedikit kekeliruan sekadar mampu...saya tengok ramai ahli pas lagi ahli pas tak tahu apa itu mursyidul am..

mursyid al-am..perkataan mursyid adalah daripada ra syin dal...tiga2 baris fathah yakni rasyada...beerti dalam kamus merbawi dan mahmud yunus beerti dapat petunjuk,baik dan cerdik...

manakala mursyid pula beerti yang memberi tunjuk atau penasihat atau pembimbing...

perkataan ini masyhur di dalam ilmu2 tasauf dan tariqat di mana mereka menggelarkan guru2 yang membimbing kerohanian mereka sebagai mursyid..

jadi pas adalah salah satu parti yang juga mengambil sistem tariqat iaitu mursyid sebagai salah satu kaedah untuk pentarbiahan kerohanian ahli2nya..

maka,secara tidak langsung setiap ahli pas yang telah berbaiah,maka automatik dia telah berjanji bahawa al-allamah al-imam rabbani tuan guru nik aziz sebagai pemimpin kerohanian mereka yakni mursyid mereka...

kenapa mursyid al-am??kerana am di situ bererti sebagai seorang mursyid yang am...kerana ramai ahli2 pas yang mempunyai guru mursyid yang khas untuk mereka...seperti mana ahli2 tariqat yang ada dalam pas..sudah tentu mereka mempunyai mursyid yang tersendiri..

maka hendaklah ahli pas tahu akan adab2 seorang murid dengan mursyidnya..dan benda ini terdapat dalam kebanyakkan kitab2 tasauf...yang paling senang rujuk sirus salikin karangan abdus somad falimbangi...rumusan bagi ihya ulumiddin...

wallahualam...

Tuesday, April 28, 2009

Komen terhadap artikel nik abduh bin nik aziz

http://nikabduh.wordpress.com/

salam...dua tiga hari yang lepas,iklim politik di kalangan ahli PAS menjadi begitu hangat susulan al-alim ustaz nik abduh bin nik aziz mengeluarkan satu artikel yang menyatakan bahawa ada golongan yang ingin melaga2kan ayahandanya yakni tuan guru mursyidul am dengan tuan guru presiden al-allamah tuan guru haji hadi awang...Pokoknya,apa yang di tulis oleh ustaz nik abduh itu telah di "ia"kan dan di benarkan oleh ramai pemimpin2 PAS..tapi tidak kurang juga yang menghentam tulisan ustaz nik abduh...

Bagi saya,ustaz nik abduh lebih mengetahui situasi ayah beliau...kerana beliau lebih rapat dan dapat melihat dengan mata sendiri...mungkin ayahandanya terlepas pandang...kerana manusia tiada yang maksum...dan sememangnya Allah jadikan manusia itu agar berpesan2 kerana Allah mengetahui bahawa manusia amat susah untuk melihat keburukan diri sendiri...dan saya yakin ustaz nik abduh telah melihat satu pakatan "iblis" yang cuba melagakan lagakan antara dua pimpinan tertinggi PAS itu agar pakatan mereka dapat mengambil tempat dan agenda mereka terlaksana...

Soalnya,siapakah "pembantu2 ayahanda" yang di maksudkan oleh ustaz nik abduh itu??ianya terus menjadi tanda tanya...saya sebagai seorang yang yakin dengan penulisan ustaz nik abduh..dan saya yakin bahawa ustaz nik abduh menulis dengan penuh tanggungjawab terhadap ayahnya dan juga terhadap Allah...kerana sebagai seorang yang beriman,sudah tentu ustaz nik abduh yakin bahawa Allah melihat dan menilai segala tulisannya...jika beliau cuba untuk menfitnah,maka lebih mengetahui bahawa dosa fitnah itu amat besar tambah2 terhadap jemaah2 islam...

Jadi,kita sebagai ahli PAS perlulah bersatu dan teguhkan niat kita agar ikhlas dalam perjuangan...Jawatan hanya lah satu tipu daya semata2....jawatan adalah amanah yang bakal menghumban kita ke dalam neraka jika silap langkah...jangan lah kerana gilakan jawatan,kita sanggup melihat jemaah kita hancur...barah ini lah yang menghancurkan jemaah2 islam sebelom kita...lihatlah sejarah islam sendiri...cinta dunia ini lah yang menghancurkan mereka..berhati2 lah wahai pimpinan PAS...anda adalah pemimpin bagi PARTI ISLAM...bukan lah parti sesat yang lain..tetapi PARTI ISLAM...Islam mempunyai cara hidup yang tersendiri berbanding yang lain..jadi ikut lah lunas2 islam dalam perjuangan politik anda...

Bagi yang tidak bersetuju dengan artikel ustaz nik abduh,wajar lah anda bermuhasah diri terlebih dahulu...jangan cepat mencela..jangan menuduh ustaz dengan bermacam2 perkataan yang keji..Kerana ustaz nik abduh tidak mendedahkan mana2 nama sekalipun..dan sememangnya beliau tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa pun..kerana itu lah beliau mengatakan secara umum..itu lah sifat seorang mukmin..

apa2 pun,keberanian ustaz nik abduh amat di puji..pemimpin sebeginilah yang menjadi kan sesebuah organisasi itu maju dan berkembang...sifat ini perlu ada kepada setiap ahli bagi jemaah islam..yakni berani mengatakan kebenaran dan berani menghadapi risiko dalam menumbangkan kebatilan...

akhir kata,saya doakan agar ustaz nik abduh sentiasa di dalam ketaatan terhadap Allah dan rasul dan sentiasa di bawah naungan taufiq serta hidayah Tuhan yang maha tinggi Allahuljalal...

wallahualam dan wassalam..

Hakikat Sebuah Kehidupan..

Kebanyakkan manusia menganngap bahawa kehidupan di dunia ini adalah tempat untuk memuaskan nafsu keseronokan...mereka menyangka bahawa hidup dunia hanya lah untuk keseronokan,kemewahan dan keseronokan..rugilah mereka yang tidak memuja nafsu sepuas2nya...itu lah sangkaan kebanyakkan manusia yang bertuhankan nafsu..

Namun hakikat sebenar bukan begitu..dunia hanyalah ibarat bayangan semata2...tiada hakikat walau sedikit pun...lihat lah di sekeliling kita,tiada satu benda pun yang kekal..tiada satu pun manusia atau benda dan keadaan yang kekal..ibu yang amat menyayangi kita pun,bila sampai masanya akan terpisah dengan kita...kekayaan pun akan meninggalkan kita setelah kita di timpa kemiskinan..akan tetapi ingatlah bahawa Tuhan yang menjadikan kita dan menjaga kita sejak di dalam janin ibu sehingga kita mati tetap bersama kita...Dialah satu2nya zat yang kekal bersama kita sehingga hari penentuan antara syurga dan neraka...

Setelah ajal menjelma,barulah manusia menyedari bahawa kehidupan dunia hanyalah dogengan dan tipuan semata2..ahli2 maksiat dan derhaka akan menyesal dengan sebenar2 penyesalan..Allah taala telah nukilkan perkara yang akan berlaku tersebut di dalam alquran..

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. "

surah al hadid..

ingatlah wahai sekalian insan...sedarlah bahawa kehidupan dunia mu bakal berakhir...kita akan melangkah kepada kehidupan akhirat bila sampai waktu ajal...apabila malaikat maut menjenguk kita,maka kita akan diiringi tangisan.....

Dunia hanyalah tumpangan semata2...hanya laluan dan highway untuk menuju akhirat...janganlah kita lalai di tengah2 laluan ini sehingga kan kita tersesat ke neraka...

setengah ulama mengatakan:

Dunia ini hanya ada 3 nafas...satu nafas telah engkau lalui..maka tinggal ia sebagai sejarah yang tak dapat di kembalikan lagi...nafas yang kedua ialah nafas yang sedang engkau lalui sekarang ini...dan nafas ini adalah milikmu...dan nafas ketiga ialah yang belom tentu engkau dapat menghidunya..berapa ramai manusia di datangi maut sebelom sempat bernafas kembali...
oleh itu bergegas lah...perbuat lah oleh kamu akan taat sedaya upaya kamu..janganlah sesekali memaksiati tuhan yang menjaga dan menganugerahkan rezeki kepadamu...

wallahualam...

Friday, April 24, 2009

Muhammad s.a.w pemimpin agung tiada tandingan..

alhamdulillah..segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan kita sebagai umat muhammad s.a.w...alangkah beruntungnya kita sebagai umat muhammad yang di muliakan dan di berikan berbagai2 kelebihan berbanding umat2 yang terdahulu...

Sebagai orang islam dan mukmin,maka wajib bagi kita untuk beriktikad dan meyakini bahawa muhammad s.a.w adalah pemimpin yang paling agung yang tiada makhluk lain dapat menandingi keagungannya..itu lah pegangan dan keyakinan kita...jangan lah kita meyakini bahawa ada manusia lain dapat menandingi nabi kita...

pada zaman moden ini,ramai manusia menghina nabi kita muhammad s.a.w...tidak kurang yang menyatakan ajaran nabi kita sudah tidak dapat di ikuti lagi kerana zaman telah berubah..ini semua adalah golongan munafiq dan golongan mujrim...mereka semua adalah ahlu dunia...dalam diri mereka tiada langsung keimanan dan kecintaan terhadap nabi s.a.w...maka pastikan kita tidak terjebak dalam golongan bodoh dan dungu seperti ini.. nauzubillah...

oleh itu,marilah sama2 kita membela ajaran dan apa sahaja yang di bawa datang oleh muhammad s.a.w...tak kira apa sahaja...semua nya kita perlu bela..kerana apa yang di bawa datang oleh nabi kita adalah dari allah jua tuhan sekelian alam...barangsiapa menolak apa yang di bawa oleh nabi,maka bukanlah dia dari golongan kita sebagai orang mukmin...

ya allah,tetapkanlah hati kami atas ajaran nabi mu...

Wahai Muhammad s.a.w,kami berada pada jalan mu...

alhamdulillah...segala puji bagi tuhan yang mencukupkan nikmat2nya kepada setiap makhluknya...setelah lengkap kejadian segala langit dan bumi,maka allah menghantar utusanNya kepada manusia agar mengajarkan kepada para manusia itu akan perkara yang di suruhNya dan perkara yang di tegahNya..maka salah seorang dari utusanNya ialah Muhammad s.a.w pemimpin agung zaman berzaman yang tiada tandingan makhluk lain ke atas muhammad s.a.w...baginda lah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan kepada terang ilmu...baginda s.a.w telah berusaha sedaya mungkin untuk memahamkan kepada sekalian manusia apakah erti ad-din...

oleh itu,marilah sama2 kita mengikuti jalan yang di bawa oleh muhammad s.a.w kerana kita yakin bahawa baginda adalah utusan tuhan yang menguasai langit dan bumi...ikutilah jalan baginda...

Wednesday, April 15, 2009

Fairus letak jawatan ADUN..

fairus menyatakan bahawa beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada rancangannya untuk menyampung pelajaran...bolehkah di terima alasan sebegini??apa2 pun,bersedialah untuk pilihanraya kecil dun penanti...

Tuesday, April 14, 2009

Rasul Dahri perosak agama islam..

assalamualaikum...

siapa tidak kenal rasul dahri??ramai antara pencinta ilmu kenal akan perosak ini..beliau begitu suka menghentam ulama2 mutaqaddimin...mengkafirkan ramai ulama2 ahlus sunnah kerana tidak selari dengan aqidah wahabi ekstrim nya itu...itu lah rasul dahri sikit sebanyak...dan beliau berpegang dengan aqidah mujassimah...

http://www.youtube.com/watch?v=KwmVpwdJ0N8

Konspirasi menjatuhkan dato' ahmad said MB terengganu..

salam..Terengganu sekarang ni telah di landa krisis politik yang begitu teruk...Cantas mencantas antara ADUN parti pemerintah kerajaan negeri berlaku dengan begitu dahsyat...bermula sejak krisis MB yang mana sultan mizan menolak perlantikan idris jusoh dan melantik dato'ahmad said..timbul berbagai2 perbalahan antara puak2 amno mad said dan amno idris jusoh...ada yang menaikkan banner "kami nak idris natang"..kepada siapakah natang itu di tujukan aku pun tak tahu...kalau kepada sultan ini lah satu penderhakaan yang amat besar yang mana sepatutnya orang tersebut di halau dari negeri terengganu...

walaupun pergaduhan antara DJ dan mad said nampak telah reda,tapi ianya sebenarnya masih berbuak2...ia nampak reda kerana arahan pihak atasan amno...tapi kali ini benda ni tak dapat di tutup lagi...terbaru ADUN yang menyebelahi Deris Jusoh cuba jatuhkan mad said dengan usul undi tidak percaya di dalam dewan negeri..tapi mad said lebih dahulu berjaya mencium rancangan keji dari puak gila kuasa yang ingin jatuhkannya itu...bahkan mereka yang ingin menyokong usul undi tidak percaya tersebut bakal berhadapan berbagai masalah bahkan akan menghancurkan amno sendiri...

kelmarin ada ADUN amno menerima ugutan bunuh... antara nya ialah ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin dan mereka telah memberitahu memberitahu media bahawa mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang yang tidak dikenali.

adakah ini ada kaitan dengan undi tidak percaya??wallahualam...semuanya di sisi allah jua...

ini lah yang akan terjadi jika politik yang tidak bertuhankan Allah...kehancuran bakal menimpa jika kita mengabaikan perintah Allah...jika kita menolak hukum2 Allah pasti Allah timpakan kehancuran yang kita tidak sangka2 kan...Allah maha berkuasa...manusia yang berpolitik bukan kerana Allah sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik sehinggakan ada yang sanggup membunuh..lihat benazir butto dan ramai lagi...itu lah kesudahan bagi orang2 yang zalim...

jadi saya menyeru kepada rakan2 sekalin,marilah kita kembali kepada politik islam...politik yang menerapkan ajaran islam dalam pemerintahannya...politik yang ingin mendaulatkan islam...politik seperti inilah yang menjamin kesejahteraan dan ketenteraman negara dan rakyat..bahkan berjaya menjamin hingga kepada kesenangan akhirat...

"dan jika penduduk sesebuah kampung itu beriman dan bertaqwa kepada Allah,sungguh kami akan bukakan bagi mereka berkat dari langit dan bumi.."

TAKBIR!!!

Monday, April 13, 2009

Kenapa amno marah sangat cina dekati islam..

rata2 kita tengok pemimpin2 amno amat takut dan gerun jika kaum2 lain selain dari melayu cuba dekati islam...ini kerana politik perkauman mereka akan terkubur kerana islam adalah satu agama dan perjuangan yang merentasi semua kaum...itu lah kecantikan islam...islam adalah rahmat sekalian alam tak kira apa jenis bangsa sekalipun sehingga kan islam memuliakan orang dayak sekalipun melebihi orang arab jika dia lebih pada taqwanya...

sejak kebelakangan ini kita melihat bangsa2 selain melayu di malaysia ini seudah mengenali islam...mereka juga semakin ingin mendekati dan memperaktikkan sesetengah ajaran2 islam yang mereka rasakan elok...alhamdulillah..pujian itu hanya bagi allah jua yang memberi hidayah kepada agamaNya sendiri...Tuhan maha berkuasa untuk melakukan sedemikian rupa...

Terbaru di khabarkan yb Nga kor ming membaca ayat2 quran di dalam ceramah nya...beliau mendapat kritikan hebat dari puak2 yang mengamalkan perkauman tegar...sehinggakan pihak tersebut sanggup membuat report polis bahawa yb Nga menghina islam...adakah perbuatan sedemikian menghina islam??saudara semua boleh tengok sendiri video tu dan membuat penilaian sendiri...adakah baca quran dan terjemahan sebegitu menghina islam??alangkah sempit islam yang di bawa oleh puak2 perkauman tersebut...

di sini suka saya kemukakan sedikit komen al-allamah al mursyidul am Parti Islam Semalaysia tentang hal ini...beliau yang begitu tinggi ilmunya dan warak nya memberi komentar yang cukup jelas dan amat baik untuk kita amati serta berjaya merungkai segala salah paham kita tentang hal ini...

"“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.


Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah."


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar kelantan
Tanggal: 7 April 2009

Itu lah apa yang di nyatakan oleh tuan guru al mursyidul am...harap saudara semua jelas dengan penjelasan dari hamba yang amat kerdil ini...

kepada allah jualah kita memohon taufiq...

Sunday, April 12, 2009

Tahniah PAS di atas kejayaan bukit gantang

salam...setinggi2 tahniah di ucapkan kepada ds nizar dan juga kepada semua petugas2 PAS...setelah seminggu berkampung di Bukit Gantang akhirnya kejayaan milik kita jua...itu lah takdir Allah...tiada yang dapat mengatasinya...

Tapi jangan berpuas hati takat tu je,berusahalah untuk terus berjuang dan moga2 dapat merampas kerajaan pusat dari parti zalim BN...

Wednesday, April 1, 2009

Mampukah BN menumpaskan Nizar??

Keadaan di Bukit Gantang semakin 'panas'...semenjak dari hari penamaan calon beberapa hari yang lepas,BN kelihatan seperti lesu untuk berkempen di Bukit Gantang...Ini kerana BN terkena pukulan hebat dengan kehadiran penyokong pembangkang yang berjumlah puluhan kali ganda lebih ramai dari BN...

Di khabarkan bahawa penyokong BN yang datang hanyalah 700 orang(tu pun kira skali dengan fru dan polis) sedangkan penyokong pembangkang berjumlah 20,000 orang...ini mungkin petanda bahawa BN akan bungkus di bukit gantang...

Lebih2 lagi,penyokong BN kelihatan takut untuk masuk kepada kawasan penamaan calon kerana jumlah mereka yang amat sedikit..tu pun aku nampak budak2 sekolah je ramai...

Mampukah amno menumpaskan Nizar??

Pak Lah jumpa Agong...

1 april..paklah jumpa agong...kenapa paklah ni suka cakap belit2...minggu lepas cakap 2 april nak jumpa agong..tapi tetiba 1 april lak...ni mesti ada muslihat ni...si bedollah tu bukan boleh percaya sangat..maklumlah,mat tido..mungkin 2 april merupakan hari tido tahunan dia kot..sebab tu kena ubah date kepada 1 april...

tapi mari kita fikirkan,kenapa tarikh 2 april di ubah??mungkin kah agong memanggil bedollah untuk mengadap baginda kerana baginda ingin nyatakan suara hati baginda bahawa baginda tidak perkenan dengan dato' najib...mungkin juga...

najib terkenal dengan seorang yang amat jijik peribadinya...banyak skandal2 yang di kaitkan dengan najib termasuk pembunuhan,rasuah dan wanita...isk isk isk...mungkin kah agong yang berperibadi mulia ini ingin menerima seorang yang jijik di mata rakyat di lantik sebagai pemimpin tertinggi negara??

aku yakin tuanku mizan tidak sebodoh yang amno sangkakan...

daulat tuanku!!! tolak najib ....daulat tuanku!!!