Wednesday, April 29, 2009

Mursyidul Am satu penerangan.

salam...saya ingin merungkai sedikit kekeliruan sekadar mampu...saya tengok ramai ahli pas lagi ahli pas tak tahu apa itu mursyidul am..

mursyid al-am..perkataan mursyid adalah daripada ra syin dal...tiga2 baris fathah yakni rasyada...beerti dalam kamus merbawi dan mahmud yunus beerti dapat petunjuk,baik dan cerdik...

manakala mursyid pula beerti yang memberi tunjuk atau penasihat atau pembimbing...

perkataan ini masyhur di dalam ilmu2 tasauf dan tariqat di mana mereka menggelarkan guru2 yang membimbing kerohanian mereka sebagai mursyid..

jadi pas adalah salah satu parti yang juga mengambil sistem tariqat iaitu mursyid sebagai salah satu kaedah untuk pentarbiahan kerohanian ahli2nya..

maka,secara tidak langsung setiap ahli pas yang telah berbaiah,maka automatik dia telah berjanji bahawa al-allamah al-imam rabbani tuan guru nik aziz sebagai pemimpin kerohanian mereka yakni mursyid mereka...

kenapa mursyid al-am??kerana am di situ bererti sebagai seorang mursyid yang am...kerana ramai ahli2 pas yang mempunyai guru mursyid yang khas untuk mereka...seperti mana ahli2 tariqat yang ada dalam pas..sudah tentu mereka mempunyai mursyid yang tersendiri..

maka hendaklah ahli pas tahu akan adab2 seorang murid dengan mursyidnya..dan benda ini terdapat dalam kebanyakkan kitab2 tasauf...yang paling senang rujuk sirus salikin karangan abdus somad falimbangi...rumusan bagi ihya ulumiddin...

wallahualam...

No comments:

Post a Comment