Tuesday, April 28, 2009

Komen terhadap artikel nik abduh bin nik aziz

http://nikabduh.wordpress.com/

salam...dua tiga hari yang lepas,iklim politik di kalangan ahli PAS menjadi begitu hangat susulan al-alim ustaz nik abduh bin nik aziz mengeluarkan satu artikel yang menyatakan bahawa ada golongan yang ingin melaga2kan ayahandanya yakni tuan guru mursyidul am dengan tuan guru presiden al-allamah tuan guru haji hadi awang...Pokoknya,apa yang di tulis oleh ustaz nik abduh itu telah di "ia"kan dan di benarkan oleh ramai pemimpin2 PAS..tapi tidak kurang juga yang menghentam tulisan ustaz nik abduh...

Bagi saya,ustaz nik abduh lebih mengetahui situasi ayah beliau...kerana beliau lebih rapat dan dapat melihat dengan mata sendiri...mungkin ayahandanya terlepas pandang...kerana manusia tiada yang maksum...dan sememangnya Allah jadikan manusia itu agar berpesan2 kerana Allah mengetahui bahawa manusia amat susah untuk melihat keburukan diri sendiri...dan saya yakin ustaz nik abduh telah melihat satu pakatan "iblis" yang cuba melagakan lagakan antara dua pimpinan tertinggi PAS itu agar pakatan mereka dapat mengambil tempat dan agenda mereka terlaksana...

Soalnya,siapakah "pembantu2 ayahanda" yang di maksudkan oleh ustaz nik abduh itu??ianya terus menjadi tanda tanya...saya sebagai seorang yang yakin dengan penulisan ustaz nik abduh..dan saya yakin bahawa ustaz nik abduh menulis dengan penuh tanggungjawab terhadap ayahnya dan juga terhadap Allah...kerana sebagai seorang yang beriman,sudah tentu ustaz nik abduh yakin bahawa Allah melihat dan menilai segala tulisannya...jika beliau cuba untuk menfitnah,maka lebih mengetahui bahawa dosa fitnah itu amat besar tambah2 terhadap jemaah2 islam...

Jadi,kita sebagai ahli PAS perlulah bersatu dan teguhkan niat kita agar ikhlas dalam perjuangan...Jawatan hanya lah satu tipu daya semata2....jawatan adalah amanah yang bakal menghumban kita ke dalam neraka jika silap langkah...jangan lah kerana gilakan jawatan,kita sanggup melihat jemaah kita hancur...barah ini lah yang menghancurkan jemaah2 islam sebelom kita...lihatlah sejarah islam sendiri...cinta dunia ini lah yang menghancurkan mereka..berhati2 lah wahai pimpinan PAS...anda adalah pemimpin bagi PARTI ISLAM...bukan lah parti sesat yang lain..tetapi PARTI ISLAM...Islam mempunyai cara hidup yang tersendiri berbanding yang lain..jadi ikut lah lunas2 islam dalam perjuangan politik anda...

Bagi yang tidak bersetuju dengan artikel ustaz nik abduh,wajar lah anda bermuhasah diri terlebih dahulu...jangan cepat mencela..jangan menuduh ustaz dengan bermacam2 perkataan yang keji..Kerana ustaz nik abduh tidak mendedahkan mana2 nama sekalipun..dan sememangnya beliau tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa pun..kerana itu lah beliau mengatakan secara umum..itu lah sifat seorang mukmin..

apa2 pun,keberanian ustaz nik abduh amat di puji..pemimpin sebeginilah yang menjadi kan sesebuah organisasi itu maju dan berkembang...sifat ini perlu ada kepada setiap ahli bagi jemaah islam..yakni berani mengatakan kebenaran dan berani menghadapi risiko dalam menumbangkan kebatilan...

akhir kata,saya doakan agar ustaz nik abduh sentiasa di dalam ketaatan terhadap Allah dan rasul dan sentiasa di bawah naungan taufiq serta hidayah Tuhan yang maha tinggi Allahuljalal...

wallahualam dan wassalam..

No comments:

Post a Comment